Sunday, September 20, 2015

Exam Teori!!~~



Tersenyum sendiri apabila meng'upload' gambar ini. Gambar ini diambil ketika sedang menduduki peperiksaan. Tak percaya? Betul. Tapi sebenarnya, dalam hati dan jiwa massing-masing sedang stress. Mana taknya, Cikgu Ju 'serius' kemain. Bawah tu bukti gambar teacher garang. Apa-apa situasi pun, bila tang bab bergambar, muka tetap control cun. Bab nie masing-masing pegang handphone.. hahahaaha. Calon kat kursus nie sahaja yang faham sebab apa handphone tiba-tiba menjadi penting.krik..krik..krik..




Masa ni jawab soalan ikut logik akal sahaja, tembak sahaja, manalah tau kena sasaran. Yang penting jawab semua soalan dan jangan biarkan kertas kosong. Manalah tahu dapat markah 'kesian', kan.  Aktiviti seperti biasa, saya akan mengepam susu tanpa gagal. Keserabutan 'meja' membuktikan bahawa saya sedang mengalami keserabutan mental pada masa itu. Bergurau sahaja, jangan ambil serius. Enjoy the pic!!!

Sunday, August 16, 2015

Make Up Time~~ :-*



Jadi mak andam sekejap untuk minggu ke-11 uoolz. Memang best sangat-sangat. Siapa yang tak suka solek kann?? Sebenarnya saya pernah pergi kelas make-up masa muda dulu. Kelas modeling (ada cita-cita nak jadi model kunun) tapi tidak kesampaian sebab alatan make-up kena curi.. semua pula tu! memang frust giler. Masa itu saya berumur 19.. sekarang umur saya dah pun... oops.. terasa tua pula. Jadi, saya menggunakan skill yang terpendam 'dulu' untuk kelas ini. Al-maklumlah, nak meng'refresh' semula skill yang lebih 10 tahun dahulu bukannya senang.. tapi gambar hasil make up saya tak ada.. Iyelah, camera saya tak canggih sangat jadi buang masa je kalau ambil gambar. Kabur memanjang. Kredit gambar ini kepada semua kawan-kawan FB SPA saya, yang saya tercopy paste.. heeee jagan mare yaa..






Seperti biasa, setiap kali kelas berakhir, kami mesti akan bergambar. Tak kisahlah, ramai-ramai atau selfie. Janji bergambar.. Ooo.. ada pun model hasil solekan saya, K.Anis. Gambar di bawah, wanita yang bertudung merah, tangannya tengah buat bentuk 'love' tu hasil tangan saya.. Amacam.. cun tak?


Thursday, August 13, 2015

Kelas Henna~


Pelajaran Elektif, SPA Tahap 3, Henna Art Work pada minggu ke-10. Teruja sangat bila masuk kelas, nampak inai kon bersusun atas meja. Kelas dimulakan dan kami dibekalkan dengan corak henna. Tidak susah sebenarnya kerana kami guna lip liner terlebih dahulu. Nak lukis terus nanti ada bunga yang tak sama saiz, ataupun senget-senget nanti.. hahaha. Apalagi! marilah melukis.. lalala.. Inilah hasil karya kami.






Wednesday, August 12, 2015

Buku Notaku~~

Setiap kali kelas, buku nota inilah wajib ikut sekali... Kalau tertinggal, sanggup patah balik rumah ambil buku ni.. Pendek kata di mana ada saya, di situlah ada buku hijau.. hahaha













Thursday, July 30, 2015





Beginilah rutin harianku pada setiap Sabtu dan Ahad. Pada jam 7.30 mesti keluar dari rumah, memandu sejauh 15 minit ke parkir Rapid LRT Sungai Besi. Selepas tu, berjalan selama 5 minit ke stesen. Bila masuk tren, kena tunggu lebih kurang 25 minit untuk tiba ke stesen Bandaraya. Itu tidak termasuk masa tunggu tren sampai. Setakat ini kehadiran saya kursus ni masih 'full'. Yang membuat saya sayu pada setiap pagi minggu ialah melihat wajah anak-anak yang sedang tidur dan memikirkan, apabila mereka bangun, adakah mereka akan bertanya di mana mummy mereka? Bersabarlah wahai hati. Kuatkan semangat!!




Kursus seterusnya, Superfluous Hair Depilation / Lightening Service. Bunyinya macam pelik, super.. super gitu tapi sebenarnya kami belajar mencabut bulu roma yang berlebihan. Lightening Service pula bermaksud mengurangkan warna bulu pada kulit. Warna bulu sebenarnya ada 3 warna hitam, perang dan putih. Contoh bagi yang berbulu lebat, apabila dia membuat rawatan ini, bulu tangan yang asal berwarna hitam akan bertukar ke warna perang setelah rawatan selesai. 



Seterusnya, kami belajar Superfluous Hair Depilation. Tiga cara iaitu :- 
a) Cold Waxing
b) Warm Waxing
c) Hot Waxing

Cold Waxing - sesuai pada tangan
Warm Waxing sesuai juga pada tangan / kaki / dada
Hot Waxing - sesuai pada bahagian ketiak





Lawatan dari Kementerian Wilayah Persekutuan


Lawatan pegawai KWP iaitu En. Alias b. Ab Rahman daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Bahagian Pembangunan Sosio-Ekonomi dari Putrajaya ke tempat kursus. Lawatan ini dibuat secara mengejut kerana kebetulan pegawai ini ingin ke Kampung Baru (kalau saya tak silap) untuk membeli makanan. Mujur pada ketika itu kami tidak membuat latihan praktikal, kalau tidak... malu la juga nak bagi dia tengok kami berkursus. Impresi yang baik terhadap pegawai ini kerana setahu saya, tidak semua kakitangan kerajaan yang sanggup kerja 'overtime' turun padang seperti ini. Kesangguppannya melawat peserta amat saya hargai.




Kursus bermula.. Jom~


Therapist Bodylicious SPA & Saloon
Setelah memerah kepala masing-masing, kami membuat keputusan untuk menamakan kumpulan kami Bodylicious SPA & Saloon. Amacam? bole tak jadi beauty Therapist..? heee


Bodylicious SPA & Saloon
Ini cerita semasa dalam kursus tau. Katil mengikut konsep SPA Bodylicious. Mestilah kemas sebelum memulakan rawatan. Pada 20/12/2014 kami belajar Facial, Facial SPA & Facial Machine. Semua berjalan dengan lancar. Kesemua peserta kursus gigih belajar teknik-teknik facial. Fokus lebih kepada urutan Aromatherapy. Teknik urutan 10 langkah sahaja tapi masa itu saya asyik ingat-ingat lupa je. hahaha! 


Menunggu masker kering
Posse dulu


Pada sebelah petang, giliran saya pula menjadi model. Seronok rasanya muka dibersihkan dan dimanjakan.