Hair Waxing / Lightening Service


Secara umumnya, wanita mahu merasa bersih dan licin di seluruh badannya. Kadang-kadang, bila terlalu banyak bulu yang tumbuh, boleh rimas jadinya. Sabarlah. Pastikan kamu sentiasa bersih dan segar pada setiap masa. 

Sebab-sebab pertumbukan bulu yang luar biasa:-


Kekurangan hormone estrogen pada wanita

Ia biasa melanda wanita yang berusia empat puluh tahun ke atas. Apabila kekurangan estrogen, pertumbuhan bulu roma mula menjadi ketara dan kelihatan seperti misai dan janggut. Estrogen merupakan hormon kewanitaan yang dirembes oleh ovari. Akan tetapi, sebahagian kecilnya juga disimpan dalam sel lemak. Ia merupakan hormon yang mengawal kitaran haid dan memainkan peranan penting dalam perkembangan seks. Ia juga berfungsi membantu menyediakan rahim untuk kehamilan. Justeru itu, ia mempengaruhi sel tubuh. Aras estrogen menurun dengan peningkatan umur. Selain itu, estrogen juga berfungsi membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan serangan sakit jantung. Selain itu, memperbaiki kulit, mengurangkan kekeringan faraj dan awet muda.




Syndrome Cushing

Sindrom Cushing pula selalunya terjadi pada kaum wanita. Pesakit biasanya juga mempunyai masalah darah tinggi, peningkatan berat badan dengan rupa bentuk ‘cushingoid’. Rupa bentuk cushinoid bermaksud muka yang bulat dan berlemak.Bonggol lemak di belakang leher, serta tubuh yang gemuk dengan kaki dan tangan yang kecil. Mereka mempunyai banyak pertumbuhan bulu pada muka. Punca utama penyakit sindrom Cushing adalah adenoma korteks adrenal, hiperplasia menyeluruh, hiperplasia makronodul dan kanser kelenjar adrenal. Rawatan penyakit sindrom Cushing ialah dengan merawat puncanya.


Feokromositoma  
Ketumbuhan yang jarang ditemui dan ia merembeskan hormon katekolamin. Tanda penyakit adalah peningkatan tekanan darah, perut buncit dan sering panic. Mereka juga mempunyai pertumbuhan bulu roma yang lebat.


Kelebihan hormone testosterone

Mungkin merupakan sebab bulu badan tumbuh dengan terlalu lebat. Hormon testosterone merupakan hormone yang penting bagi lelaki dan wanita. Akan tetapi wanita memerlukan hormon yang sedikit berbanding lelaki. Punca-punca kelebihan boleh terjadi apabila sel-sel luar biasa seperti tumour yang merembeskan hormone ini dengan banyak.

Phasa pertama ANAGEN adalah peringkat aktif pertumbuhan rambut, pada fasa ini rambut adalah dalam keadaan paling tebal dan mengandungi melanin yang tinggi, CATAGEN adalah phasa perantara dan TELOGEN adalah phasa tua/rehat. Perubahan antara fasa pertumbuhan bulu adalah diantara 1 bulan ke 3 bulan bergantung kepada kawasan bulu itu tumbuh.                     sumber : marissa aesthetic


Kebaikan Waxing:-

  • Disyorkan untuk membuang bulu di kawasan yang besar 
  • Sekelompok bulu boleh dibuang sekaligus 
Jenis-jenis Waxing :- 
~ Cold
~ Warm
~ Hot


Cara-cara Waxing :- 

1. Membersihkan tangan / kaki pelanggan

2. Test Patch

Pra-ujian dengan menyapu sedikit pada kulit pelanggan untuk memastikan samada pelanggan sensitif terhadap lilin (wax)

3. Waxing

Menyapu wax pada bahagian yang memerlukan rawatan. Melekatkan linen strip di atas bulu roma dan menarik mengikut arah bulu roma. Mengulangi semula langkah tersebut sehingga licin.



No comments:

Post a Comment