Facial

Facial atau dalam Bahasa Melayu rawatan wajah adalah satu perkhidmatan PROFESIONAL untuk membaiki dan menambah baik keadaan kulit wajah.

Kebaikan Facial :-

  • Membersihkan lapisan epedermis kulit dengan lebih mendalam
  • Merangsang peredaran darah.
  • Membuang bahan toksik dari kulit.
  • Merehatkan saraf & otot fasial
  • Mempercepatkan fungsi & pertumbuhan kulit
  • Melambatkan proses penuan
  • Membaiki keadaan kulit muka yang kering,berminyak & bermasalah.
  • Mengurangkan kedutan pada kulit muka.

Jenis-jenis Facial :-

  • Facial Normal
  • Aromatherapy
  • Collagen
  • Resdung
Cara-cara Rawatan Facial

1. Membersihkan muka dengan menggunakan :-
  • Cleansing Milk
  • Facial Soap
  • Facial Scrub
2. Steamer Muka
Bertindak membuka liang-liang roma pada muka. Steaming perlu untuk memudahkan proses membuang whitehead, blackhead dan jerawat di muka. 10-15 minit

3. Memicit Whitehead / Blackhead / Jerawat
Memicit dengan menggunaka tisu / extractor. Kawasan yang telah dipicit akan disapu dengan antiseptic bagi mengelakan muka bengkak / parut.

4. Urutan
Mengurut muka dan leher selama 15 minit.
TIADA urutan untuk Facial Resdung kerana ia akan merangsang pertumbuhan jerawat.

5. Resdung
Muka pelanggan akan diasapkan dengan lilin resdung.

6. Masker
Mengikut jenis kulit pelanggan

7. Menyegarkan kulit muka dengan menggunakan
  • Toner
  • Moisturizer
  • Sun Block

No comments:

Post a Comment