Lulur
Melulur badan adalah proses perawatan tradisional untuk mencantikkan kulit, lulur membantu menanggalkan sel kulit mati dan daki degil di celah pelipat tubuh. Perawatan ini biasanya dilakukan oleh bakal pengantin sebelum tibanya hari saat diijabkabul.
Kebaikan Lulur:-
- Menghaluskan testur kulit
- Mengebukan kulit
- Meratakan warna kulit
- Memudarkan parut nipis
- Mengurangkan masalah selulit
- Melancarkan perjalanan darah (naikan seri wajah)
- Menanggalkan sel kulit mati
- Menanggalkan daki degil di celah pelipat tubuh
- Mengurangkan masalah jerawat badan
- Memelihara keanjalkan kulit (tidak cepat kedut)
- Mengurangkan rasa letih dan lesu
- Terapi membelai tubuh (sayangi tubuh anda)
- Mengimbangi pengeluaran sebum/minyak berlebihan
- Mengurangkan bau badan (harumkan badan)
Jenis-jenis lulur :-
- Rempah
- Buah
Urutan
Pada dasarnya urutan bererti satu sentuhan berseni kepada tubuh badan atau bahagian yang memerlukan urutan. Sentuhan yang memerlukan sentuhan khusus dan dengan menggunakan tangan, tapak tangan, ibu jari, jari, siku, lutut dan kaki. Urutan juga adalah satu sentuhan yang boleh menghasilkan atau mewujudkan kasih sayang yang bukan sahaja sekadar kata-kata tetapi lebih mendalam dan lebih terasa. Sebab itulah sentuhan lima saat itu lebih berharga dari lima minit kata-kata. Urutan adalah tekanan yang dapat menyeimbangkan tenaga dalam badan, dan membuang angin.
Urutan tradisional Melayu yang mungkin hanya dikenali oleh masyarakat di Malaysia. Cara atau kaedah yang mereka gunakan dan kita gunakan juga berbeza walau pada dasarnya kebaikannya adalah sama iaitu menghasilkan kesihatan yang sempurna. Dengan mengurut seseorang akan merasa lebih sihat dan akan pulih dari penyakit yang mereka hadapi. Di antara kesakitan yang sering di hadapi adalah terseliuh, terkehel, sakit urat saraf, sakit kepala dan lenguh-lenguh seluruh badan. Ini adalah diantara penyakit yang boleh dikategorikan penyakitpenyakit ringan tetapi kalau dibiarkan ia boleh menjadi serius. Penyakit-penyakit lain yang lebih serius yang boleh di pulihkan dengan cara mengurut dengan betul dan kerap adalah seperti asma, sakit jantung, migraine, kencing manis, lemah tenaga batin, lumpuh dan lain-lain. Jadi mengurut adalah satu proses memulihkan kesihatan dengan cara tradisional dan dengan menekan hujung jari, tapak tangan, lengan, siku atau menggunakan kaki keseluruhannya ke atas badan pesakit. Tetapi harus diingatkan bahawa untuk mendapatkan hasil yang baik kita sepatutnya melakukan urutan dengan sistematik dan teratur.
Kebaikan Urutan :-
- Melancarkan peredaran darah
- Melegakan tekanan otot
- Meringankan kesakitan dan tekanan perasaan
- Boleh melancarkan pembuangan air kecil dan besar
- Membantu sistem penghadaman
- Membuang toksid - toksid di dalam badan
- Dengan melakukan teknik yang betul, boleh menghilangkan kesakitan
Jenis-jenis Urutan:-
- Muka
- Aromatherapy
- Traditional
- Payudara
Tungku
Bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain). Waktu yang sesuai untuk bertunku ialah pada waktu pagi, iaitu sebelum matahari naik dan pada waktu petang, selepas waktu Asar. Tetapi bertungku boleh juga dilakukan sewaktu badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar.
Tujuan bertungku ialah untuk megeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga.
- Bertungku juga dipercayai dapat:
- Memecahkan lemak;
- Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
- Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
Slimming
Ramai yang ingin kurus, supaya nampak cantik. Selain itu, kebanyakan kedai baju menjual jenis free size. Tidak dinafikan, memang itulah antara tujuan utama kenapa kita nak kurus.Sebenarnya, berat badan yang berlebihan berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kenapa perlu kurus?
Kesihatan
Dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Meningkatkan Keyakinan Diri
Keyakinan diri bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Tiada lagi panggilan, pandangan dan sindiran sinis terutama dari rakan-rakan dan orang ramai.
Jimat Duit Makan
Jika badan gemuk, pasti berselera besar kan? Mesti beli makanan yang banyak dan of courselah junk food dan makan yang tidak sihat. Nak jimat kena la kurus, beli pun makanan berkhasiat sahaja.
Senang Mencari Saiz Baju
Mesti cemburu melihat orang lain pakai baju cantik-cantik. Orang kurus pakai baju ntah apa-apa pun nampak cantik. Nak cari baju pun senang tidak perlu risau tentang saiz muat ke tidak.
Memudahkan pergerakan
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini, selalunya cepat berasa mengah dan letih. Selain itu sakit lututlah, lenguhlah, sakit belakanglah dan sebagainya.
Membuktikan bahawa diri mampu berubah
Ramai yang mungkin tidak percaya dan mencabar kita untuk kurus. Apa lagi, buktikan kepada mereka bahawa kita semestinya boleh kurus dan cantik. Ternganga, melopong diorang tengok perubahan kita.
No comments:
Post a Comment