Mandian Bunga
Bunga mempunyai aura tersendiri yang dapat membantu menaikkan seri dan menambah pesona wanita serta membantu wanita tampil anggun. Kaedah yang paling popular digunakan adalah mandi bunga.
Kebaikan Mandi Bunga :-
  • Menaikkan seri wajah
  • Atasi wajah dan tubuh yang lesu
  • Memberi semangat
  • Menambah keyakinan diri
  • Membantu menyerlahkan kecantikan dalaman
  • Memberi aura positif


Mandian Rempah

Mandi rempah amat penting utk perawatan wanita. Ia berbeza dari mandi bunga. Kebanyakkan bahan yg digunakan utk air siraman mandi rempah adalah daun pandan, daun serai wangi, bonglai, mengkudu serta daun jerangau. Adakalanya, rempah-rempah ini akan dicampurkan dengan kunyit, temu lawak mahupun halia untuk kesan yang lebih efektif.
Memang benar, air rendaman sememangnya berbau. Jika tidak berbau, bukanlah rempah namanya. Tiada apa yg perlu dirisaukan, baunya tidak melekat pada tubuh dalam tempoh yang lama. Jika anda tahu kebaikannya, anda tentu tidak kisah berendam dalam air berempah untuk beberapa ketika.

Kebaikan Mandian Rempah:-
  • Amalan ini dapat membuang angin berlebihan dalam badan dan mengelakan angin dari memasuki liang tubuh.
  • Membersihkan 'vagina'.
  • Menghangatkan tubuh.
  • Melancarkan aliran darah dalam tubuh.
  • Menghilangkan bau badan.
  • Memulihkan 'vagina' yang terkoyak ketika bersalin.
  • Mengekalkan 'rapat' pada 'vagina' seperti anak dara.
  • Menyegarkan badan serta baik utk kesihatan.
  • Memberi tenaga pada tubuh serta memperbaiki otot yang telah kendur.
  • Mengatasi insomnia.


Mandian Susu
Susu mengandungi dua jenis asid semula jadi iaitu laktik dan alfa hidroksi (AHA) yang kini banyak dicampurkan dalam bahan kecantikan kerana keberkesanannya memberi rawatan antipenuaan secara lembut.
Kedua-dua asid terbabit membersihkan kulit dengan efektif tanpa merosakkannya dengan cara menyisih sel kulit mati daripada tubuh, seterusnya melembapkan kulit.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, nutrien tertentu yang ada pada susu mampu mengurangkan masalah jerawat yang serius.
Antara kandungannya ialah zink yang didapati mampu memperbaiki masalah kulit termasuk kesan jerawat.
Susu juga mengandungi vitamin A yang mempunyai kesan topikal lembut pada kulit, juga dikenali sebagai retinoid, yang digunakan sesetengah individu bagi merawat jerawat, membersihkan liang roma dan mengurangkan masalah radang kulit.
Kebaikan Mandian Susu:-
  • Membuang sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Melembabkan kulit
  • Mengurangkan masalah jerawat dan menghilangkan kesan jerawat
  • Membersihkan liang roma
  • Mengurangkan masalah radang kulit
  • Menghasilkan kulit halus mulus
  • Memulihkan kulit yang rosak akibat pencemaran persekitaran
  • Memutihkan kulit


Mandian Bulan Purnama (setiap 14hb Bulan Islam)

Tinjauan daripada mandi bulan purnama menunjukkan kesan terbaik yang boleh dicapai apabila mandi air masin + AIS pada masa bulan mengalami perubahan.

Mandi Bulan Purnama Penuh : Pada malam bulan purnama proses penyembuhan berada pada kemuncak kerana ia adalah potensi penyerapan . Malam tersebut badan dapat menyerap semua mineral dari mandian garam . Bahan mineral masuk dan diserap ke dalam kulit dalam bentuk ion. Titik kelemahan bio tenaga diselaraskan dan arus tenaga badan telah diaktifkan.


Mandi Bulan Baru Mengambang : Masa itu , Kemampuan badan untuk menyahtoksid adalah paling tinggi . Ini adalah masa yang tepat untuk pembersihan mandi garam. Mandian garam ini mempunyai kesan semulajadi , sama dengan kecepatan tiga hari . Ia menggalakkan penurunan berat badan serta mendekotaminasikannya . ( membuang racun )

AMBILLAH KESEMPATAN INI BAGI MEREKA YANG BETUL-BETUL INGIN MENDAPATKAN KESAN YANG TERBAIK, MAKSIMUM DALAM PERAWATAN.

Apabila kesakitan dan kelemahan organ beransur pulih dan berjalan seperti normal tiada dapat di gambarkan perasaan gembira.
Waktu dan masa yang terbaik untuk kesan rawatan maksimum adalah ketika bulan penuh...


UNTUK MASALAH RUMAH TANGGA:

• Penyeri Diri
• Pemanis Diri
• Penyegar Diri
• Selalu dikasihi Suami / Isteri
• Melembutkan Hati Suami / Isteri
• Mengembalikan Semangat
• Menghilangkan Keletihan
• Menghilangkn rasa jemu terhadap suami / isteri
• Mengembalikan kepercayaan Diri
• Selalu Diingati Suami / isteri
• Memberi Ketenangan Diri

UNTUK PENIAGA
• Pelaris
• Rezeki Murah
• Dihormati Orang
• Membawa tuah
• Membuka Jalan perniagaan
• Melancarkan perniagaan
• Selalu bersemangat

UNTUK JODOH
• Menaikkan seri wajah
• Selalu jadi perhatian
• Nampak menawan
• Menambah kepercayaan Diri
• Mudah bergaul
• Selalu dikasihi
• Selalu diingati

PENGANDAMAN
• Menaikkan seri pengantin
• Nampak bercahaya
• Selalu kelihatan segar
• Pendinding / pemagar Semasa berarak
• Manambah keyakinan pengantin
• Menghilangkan Gemuruh




Sauna Infrared
Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.
Kebaikan Sauna :-
  • Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan. 
  • Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak. 
  • Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit. 
  • Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda. 
  • Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin. 
  • Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar. 
  • Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury 
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll. 
  • Meningkatkan sistem kardiovascular 
  • Menghilangkan tekanan dan perehatan otot 
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Meningkatkan sistem immunisasi badan 
  • Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki 
Perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.

2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


kembali

No comments:

Post a Comment