Beginilah rutin harianku pada setiap Sabtu dan Ahad. Pada jam 7.30 mesti keluar dari rumah, memandu sejauh 15 minit ke parkir Rapid LRT Sungai Besi. Selepas tu, berjalan selama 5 minit ke stesen. Bila masuk tren, kena tunggu lebih kurang 25 minit untuk tiba ke stesen Bandaraya. Itu tidak termasuk masa tunggu tren sampai. Setakat ini kehadiran saya kursus ni masih 'full'. Yang membuat saya sayu pada setiap pagi minggu ialah melihat wajah anak-anak yang sedang tidur dan memikirkan, apabila mereka bangun, adakah mereka akan bertanya di mana mummy mereka? Bersabarlah wahai hati. Kuatkan semangat!!
Kursus seterusnya, Superfluous Hair Depilation / Lightening Service. Bunyinya macam pelik, super.. super gitu tapi sebenarnya kami belajar mencabut bulu roma yang berlebihan. Lightening Service pula bermaksud mengurangkan warna bulu pada kulit. Warna bulu sebenarnya ada 3 warna hitam, perang dan putih. Contoh bagi yang berbulu lebat, apabila dia membuat rawatan ini, bulu tangan yang asal berwarna hitam akan bertukar ke warna perang setelah rawatan selesai.
Seterusnya, kami belajar Superfluous Hair Depilation. Tiga cara iaitu :-
a) Cold Waxing
b) Warm Waxing
c) Hot Waxing
Cold Waxing - sesuai pada tangan
Warm Waxing - sesuai juga pada tangan / kaki / dada
Hot Waxing - sesuai pada bahagian ketiak







No comments:
Post a Comment