Thursday, July 30, 2015





Beginilah rutin harianku pada setiap Sabtu dan Ahad. Pada jam 7.30 mesti keluar dari rumah, memandu sejauh 15 minit ke parkir Rapid LRT Sungai Besi. Selepas tu, berjalan selama 5 minit ke stesen. Bila masuk tren, kena tunggu lebih kurang 25 minit untuk tiba ke stesen Bandaraya. Itu tidak termasuk masa tunggu tren sampai. Setakat ini kehadiran saya kursus ni masih 'full'. Yang membuat saya sayu pada setiap pagi minggu ialah melihat wajah anak-anak yang sedang tidur dan memikirkan, apabila mereka bangun, adakah mereka akan bertanya di mana mummy mereka? Bersabarlah wahai hati. Kuatkan semangat!!




Kursus seterusnya, Superfluous Hair Depilation / Lightening Service. Bunyinya macam pelik, super.. super gitu tapi sebenarnya kami belajar mencabut bulu roma yang berlebihan. Lightening Service pula bermaksud mengurangkan warna bulu pada kulit. Warna bulu sebenarnya ada 3 warna hitam, perang dan putih. Contoh bagi yang berbulu lebat, apabila dia membuat rawatan ini, bulu tangan yang asal berwarna hitam akan bertukar ke warna perang setelah rawatan selesai. 



Seterusnya, kami belajar Superfluous Hair Depilation. Tiga cara iaitu :- 
a) Cold Waxing
b) Warm Waxing
c) Hot Waxing

Cold Waxing - sesuai pada tangan
Warm Waxing sesuai juga pada tangan / kaki / dada
Hot Waxing - sesuai pada bahagian ketiak





Lawatan dari Kementerian Wilayah Persekutuan


Lawatan pegawai KWP iaitu En. Alias b. Ab Rahman daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Bahagian Pembangunan Sosio-Ekonomi dari Putrajaya ke tempat kursus. Lawatan ini dibuat secara mengejut kerana kebetulan pegawai ini ingin ke Kampung Baru (kalau saya tak silap) untuk membeli makanan. Mujur pada ketika itu kami tidak membuat latihan praktikal, kalau tidak... malu la juga nak bagi dia tengok kami berkursus. Impresi yang baik terhadap pegawai ini kerana setahu saya, tidak semua kakitangan kerajaan yang sanggup kerja 'overtime' turun padang seperti ini. Kesangguppannya melawat peserta amat saya hargai.




Kursus bermula.. Jom~


Therapist Bodylicious SPA & Saloon
Setelah memerah kepala masing-masing, kami membuat keputusan untuk menamakan kumpulan kami Bodylicious SPA & Saloon. Amacam? bole tak jadi beauty Therapist..? heee


Bodylicious SPA & Saloon
Ini cerita semasa dalam kursus tau. Katil mengikut konsep SPA Bodylicious. Mestilah kemas sebelum memulakan rawatan. Pada 20/12/2014 kami belajar Facial, Facial SPA & Facial Machine. Semua berjalan dengan lancar. Kesemua peserta kursus gigih belajar teknik-teknik facial. Fokus lebih kepada urutan Aromatherapy. Teknik urutan 10 langkah sahaja tapi masa itu saya asyik ingat-ingat lupa je. hahaha! 


Menunggu masker kering
Posse dulu


Pada sebelah petang, giliran saya pula menjadi model. Seronok rasanya muka dibersihkan dan dimanjakan. 






The Power of Numbers!

Begini ceritanya, salah seorang sahabatku, Kak Rozi namanya, tidak jemu-jemu berkongsi ilmu dengan kami semua sepanjang kursus ini. Ada sahaja ilmu baru yang akan dikongsi setiap minggu seperti pemakanan mengikut jenis darah,  petua orang-orang lama, tips kecantikan dan sebagainya. Selain itu, ada juga kakak-kakak lain yang berkongsi ilmu. 

Yang specialnya, Kak Rozi mesti akan bawa nota. Ada satu minggu tu, dia bawa nota Power of Numbers. Untuk makluman pembaca, ini hanya untuk pengetahuan sahaja, janganlah percaya 100%. Ini sekadar hiburan dan kebetulan sahaja. Percaya kepada Allah S.W.T tau. Bersambung kepada cerita di atas, kami beramai-ramai (cikgu pun join sekali.. Terbaek) mengira mengikut tarikh lahir masing-masing. Ada yang kira tarikh lahir suami, kekasih hati dan anak-anak, terpulanglah. Boleh juga gabungkan tarikh lahir suami dengan isteri. Menarikkan? 


Hasil kiraan tarikh lahir saya (bagi saya) "i like" sangat dan ingin saya kongsikan kepada pembaca semua. 


Kiraan mengikut tarikh lahir saya iaitu pada 7 Januari 1983
Kod Asas saya = 2



Kekuatan dan Kelemahan mengikut tarikh lahir saya
Kod Asas saya = 2



Kerjaya yang bersesuaian mengikut tarikh lahir saya
Kod Asas saya = 2

Untuk pengetahuan pembaca semua, sekarang ini saya bekerja sebagai seorang khidmat pelanggan di agensi kerajaan. Tidak ku sangka tarikh lahirku sesuai sangat dengan tempat saya bekerja dengan kursus yang saya ambil ini. Kebetulan? atau Takdir? Anda yang menjawabnya.

Wednesday, July 29, 2015

~~Pengenalan~~


Tanggal 13hb Disember 2014 hari pertama bermulanya kursus kami iaitu Bidang Kesihatan SPA dan Kecantikan. Sesi suai kenal telahpun selesai. Namun, ada yang tarik diri pada saat-saat terakhir dan telahpun diisi oleh orang lain. Inilah semua rakan-rakan seperjuanganku yang akan berkursus sehingga Jun 2015. Semoga berjaya semuanya!! Caiyokk!!.. 

Pengenalan kepada sahabat-sahabat baru ku. 20 orang semuanya~~ 

Nama penuh tak ingat, saya ingat nama glamour saje. Rujuk gambar di atas.
Barisan Belakang/Atas (dari kiri) :- As, Dayah, Huda, Zarita, Bella, K.Anis, K.Kina, Riefa, Lin, Zaini, K.Imah.
Barisan Tengah (dari kiri) :- K.Rozi, Fad, Datin Norsiah Mahadi, Ju, Ummi.
Barisan Hadapan/Bawah (dari kiri) :- Yan, K.Maz,Rita, Fatimah, Ween.
Tiada dalam gambar:- Ain & Fiza

catatan:- Maaf, ada gambar yang saya kaburkan demi menjaga aurat rakan saya yang berhijab pada bulan Ramadhan yang lalu (18 Jun 2015). Alhamdulillah, syukur.

Taklimat ringkas berkenaan kursus yang akan dijalankan. First impression saya terhadapnya. Cantik, tegas & berkarisma. Beliau menceritakan perjalanan kerjaya kami. Blur-blur la juga pada awalnya. Pada masa ini, fikiran saya melayang memikirkan telatah anak-anak yang sedang dijaga oleh suami tercinta. 


Banyak juga singkatan-singkatan dalam bidang kecantikan ni seperti NOSS, DECUM(noss lama), DESCUM(noss baru), SKM, DKM, DLKM, Subjek Core & Elektif. Setakat itu yang saya ingat. Takpe, belajar, belajar dan terus belajar!!!
Aktiviti suai kenal. Sedang memikirkan nama kumpulan

Posse

Permulaan Kerjayaku sebagai ........ Therapist SPA




Hari sejarahku bermula bila permohonan diterima untuk memasukki kursus Kesihatan dan Kecantikan  pada 11 Disember 2014. Berkursus selama 6 bulan dari bulan Disember 2014 - Jun 2015. 

Gambar di sebelah kanan itu saya. Menghadiri Majlis Program 1Parlimen 1Kemahiran Wilayah Persekutuan Putrajaya. Langkah pertama yang menunjukkan komitmen saya terhadap kursus ini.  Masa tu bosan la jugak kerana tidak kenal sangat peserta-peserta yang lain. Selain kursus SPA, ada juga kursus Bakeri dan Jahitan. Yang menariknya, ada juga peserta lelaki yang turut serta dalam kursus ini. Dia ambil kursus bakeri. Saya memang kagum melihat semangatnya. Yelah, sebab kursus ini dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad, serta kehadiran mestilah penuh. Pada hari biasa pula Isnin hingga Jumaat, terpaksa bekerja di pejabat. Situasinya sama seperti saya. Dalam masa yang sama, saya sedang memikirkan bagaimana hendak menguruskan anak-anak saya pula. Yakin pada Allah, pasti ada jalannya.